"Kau okey?"Ringkas.Tetapi paling susah nak jawab.Walau yang tanya itu sahabat yang paling rapat.Walau yang tanya itu ahli keluarga sekalipun.Susah tatkala sebenarnya kita mahu menjawab,"Tak", tetapi hati sendiri tak pasti apa yang akan jadi lepas tu.Takut hilang kawan.Takut kena marah."Kau okey tak ni?"Dia hanya senyum segaris. Macam biasa.--Sebuah novel drama psikologikal yang mengetengahkan kesihatan mental dan juga stigma masyarakat.
Tajuk: Poskad-poskad Penghujung SemesterISBN: 9789671927410Penerbit: Jejak TarbiahTahun Terbitan: 2021Muka Surat: 137Halaman: Hitam Putih Format: Soft CoverBerat (kg): 0.113 kg Dimensi (cm): 17 cm x 11.6 cm x 0.5 cm
Hidup ini ibarat mendayung perahu bagi meredah samudera, perlu bersedia meredah lambung ombak, kecil dan besar, yang melanda tanpa mengira masa. Ia juga umpama berada di dalam taman bunga yang penuh dengan kuntuman indah lagi memikat mata.
Meski apa pun yang menimpa, hidup masih perlu diteruskan. Lalu, salah satu cara untuk memaknai usia adalah dengan menulis dan mengirim kata-kata kepada mereka yang turut sama muncul di dalamnya.
Poskad-poskad Penghujung Semester adalah satu himpunan puisi, narasi-narasi reflektif tentang kehidupan dan ketentuan, tentang memiliki dan melepaskan. Ia juga bukan hanya cerita tentang seorang siswa bergelar graduan, tetapi cerita tentang seorang remaja yang tidak mahu segera dewasa, atau lebih tepat lagi, tidak mahu segera melepaskan.