PESAN HAMKA KEPADA PENDIDIK. Jejak Tarbiah

Write a review
RM28.00
Ask a question
Price in points: 28 points
In stock
+

Buku Pesan Hamka kepada Pendidik adalah sebuah penulisan yang melakukan refleksi kepada kisah hidup Hamka dan keluarganya serta karyanya dalam konteks yang lebih kontemporari.

Hal ini sesuai dengan ketokohan Hamka yang mencakupi pelbagai bidang, dari hal fiqh, tafsir, ayah sehinggalah kepada menjadi pendidik.

Penulisan ini lebih memfokuskan membina pemikiran Pendidik dan sedikit sebanyak menyentuh persoalan pedagogi.

Antara topik/bab yang disentuh dalam buku ini adalah untuk menjawab beberapa persoalan seperti berikut:

1. Apakah visimu kepada dirimu sendiri dan anak didikmu?

2. Bagaimana ingin "berdamai" dengan kerenah anak / anak didikmu?

3. Apakah peranan menulis bagi seorang pendidik/pendakwah/ibubapa dalam kehidupan?

4. Apakah peranan KBAT sebagai benteng kepada khurafat? Bagaimanakah Hamka menyeru KBAT pada zamannya?

5. Antara mencintai pendidik dan mencintai ilmu. Di manakah titik bezanya?

6. Bagaimana membina keberanian kepada anak didikmu dalam menegakkan kebenaran?

7. Pendidikan Islami: Antara rahmah atau marah?

Dan lain-lain lagi.

Insya Allah kesemua persoalan ini akan cuba dibincangkan dalam buku setebal 232 mukasurat ini berdasarkan refleksi kepada karya dan kisah hidup Hamka.

"Semoga buku ini dapat dipergunakan sebagai salah satu acuan, petunjuk mahupun pedoman... melaksanakan proses pendidikan dan keguruan amnya.. "

(Petikan sekapur sireh oleh Mualimah Kamaliah Noordin, pimpinan Ikram Musleh)

Penulis merupakan Pengerusi kepada sebuah Tadika dan AJK Pengurusan dalam sebuah sekolah Islam swasta. Penulis merupakan lulusan Sarjana Pembangunan Sumber Manusia dari UPM.

No reviews found