Warisnya Kalbu - Sri Rahayu Mohd Yusop

Write a review
RM29.00
Ask a question
Price in points: 29 points
In stock
+

"Kain destar kuning cempaka, Dihias tebal bunga sulaman; Hidup bersandar adat pusaka, Adat kekal diuji zaman."

Hassan Basri – si jejaka Melayu, menemui sebuah buku usang berjudul JURNAL milik datuknya yang mengandungi catatan harian Tun Cempaka. Buku itu merakamkan detik Tun Hassan Perwira mengajar pantun Melayu kepada seorang wanita Inggeris bernama Katherine yang akhirnya menaruh perasaan pada gurunya.

Khadija – si gadis berdarah campuran, mewarisi buku nendanya, Katherine berjudul TERJEMAHAN yang mengandungi pantun-pantun Melayu dalam bahasa Inggeris.

Kedua-dua naskhah itu merupakan benang takdir yang terputus ketika Perang Bendahara Pahang, sebelum bertaut semula saat Hassan Basri dan Khadija berganding tenaga demi memenangi sayembara pantun.

Sebuah naskhah yang akan membuat kita jatuh cinta kepada pantun dan menghargai seni warisan Melayu.

No reviews found