Zuriat Rasulullah & Raja Melayu (Falsafah, Sejarah & Hikmah) (C279)

Write a review
RM99.00
Ask a question
9789674090821
Out of stock

===========================
Format:
Paperback

ISBN- 9789674090821

Jumlah Muka Surat:  628

Saiz: 30.5 cm x 20.5cm

Penulis:  

===========================

 

Zuriat Rasulullah & Raja Melayu (Falsafah, Sejarah & Hikmah)
 
 
 

Kemunculan zuriyyah atau ahlul-bait Rasulullah SAW di alam Melayu merupakan suatu rahmat Allah SwT. Sejarah perkembangan Islam di rantau ini jelas menunjukkan ramai dari kalangan mereka telah diangkat menjadi sultan, para pembesar, dan alim-ulama yang unggul dan tersohor seawal abad ke-9 Masihi lagi. Apa yang paling menakjubkan , sampai saat ini kebanyakan cucu-cicit mereka masih lagi berperanan penting dalam mewarnai landskap sosio-politik-ekonomi rantau ini, menjadi men of substance' dan berdaya maju dalam apa jua bidang yang diceburi. Ini jelas membuktikan kebenaran pepatah orang lama-lama kita); "kalau asal benih (baka) yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau."

Sesungguhnya bukanlah suatu kebetulan bahawa Allah SWT tetap memelihara sebahagian daripada monarki atau raja-raja Islam sejak zaman-berzaman walaupun pernah cuba dihapuskan dengan segenap kekuatan dan keupayaan musuh-musuh Islam. Dan bukanlah suatu kebetulan pula bahawa kebanyakan daripada monarki Islam ini, bak dari bumi maghrib (barat), mahupun di bumi masyriq (timur) masih bertitisan Sayyidina Hassan (RA) atau Sayyidina Hussein (RA) ibni Sayyidatina Fatimah (RA anha) binti Rasulullah SAW itu. Dan bukanlah kebetulan juga bahawa Alam Melayu masih pekat dengan warisan ahlul-bait Rasulullah SAW, baik yang masih memegang teraju kepimpinan bangsa mahupun yang telah bercampur-baur di kalangan rakyat jelata.

Meninjau kepada asakan-asakan daripada segelintir orang yang buta sejarah yang sudah tidak nampak akan kepentingan institusi Raja-raja Melayu dalam sosiopolitik dunia moden masa kini, apakah institusi yang pernah sakaral ini mampu bertahan, masih boleh dibawa ke masa hadapan, atau bakal menjadi lapuk dek zaman, lekang dek hujan.

Insya-Allah tidak, Institusi Raja-raja Melau akan tetap relevan dan mudah-mudahan bakal 'menunggang' takdir Alah yang buik bersama-sama dengan kebangkitan semula elemen-elemen berikut, iaitu;

Umara hakikat
Ulama hakikat
Ahlul-Bait Rasulullah SAW
Tasawuf dan Tazkiyat Nufus
Kewalian dan kekeramatan

Semoa Allah SWT mempercepatkan takdir kemunculan zaman yang baik lagikan barakah, yang mana makhluk berada di bawah pengembelaan tokoh-tokoh ulama dan umara dari kalangan zuriyyat kekasih-Nya yang mulia lagi dirahmati, sebagai menggantikan kepimpinn golongan jahiliiyah yang ramai 'bercita bencana' di masa kini
(less)

No reviews found