SINOPSIS / SARI RANSANG
Warna-Warni Kehidupan ditulis dengan plot yang simpel bagi melakarkan perjalanan hidup penulisnya yang bermula dari zaman kanak - kanak, melalui susah senang persekolahan hingga tamat dengan mendapat Ijazah B.A. (Hons) dan Diploma Pendidikan dari Universiti Malaya pada tahun 1967. Penulis seterusnya memulakan kerjayanya sebagai pendidik di kuala Terengganu dan melangkah dari setapak ke setapak hingga bersara pada tahun 1998.
Di setiap peringkat perjalanannya penulis merakamkan kisah suka dukanya dalam bentuk cerita atau anekdot yang ada mengandungi mesej atau ibrah sama ada secara terangan mahupun tersembunyi. Yang nyata penulis sengaja memilih bidang perguruan sebagai kerjayanya dan setia sehingga ke penghujungnya.
No reviews found