Buku seni visual ini mengupas isu-isu yang berlaku di sekitar sejarah seni, falsafah estetik, dan kreativiti pembuat seni. Buku ini juga memperlihatkan gabungan antara hasil karya generasi muda, artis pelapis, dan pembuat seni yang bergelar "sifu". Penulisan buku ini membuka ruang berkaitan seni visual meliputi seni lukis, seni arca, perekaan grafik poster, komunikasi visual, peranan galeri, fungsi kurator dan tokoh seni visual. Sebahagian wacana yang dikupas menyentuh perihal pemikiran tokoh, sumbangan karya, pemikiran falsafah estetik, dan sejarawan seni yang mengangkat martabat tokoh sebagai pembuat seni.
No reviews found