Dalam berbadan dua, derita dibeliti sel kanser terlalu perit ditanggungnya. Walau berat dan seksa sekalipun, sanggup dilaluinya. Namun untuk menggugurkan kandungan, itu sesuatu yang tidak mungkin dilakukan. Sama sekali tidak.
Bukankah penyakit itu datang sebagai ujian daripada Tuhan untuk mengangkat darjat hamba-Nya? Dengan segala daya, tanpa kemoterapi atau rawatan radiasi, serangan kanser didepani. Tewas di fasa satu, terus diperangi di fasa dua. Kalimat putus asa memang tiada dalam kamus orang beriman.
Berbekalkan keyakinan bahawa tiap penyakit ada ubatnya, dia mendapatkan rawatan alternatif. Ah, demikian ajaib-cinta kasih menjadi terapi paling mustajab dalam menentang kemaraan sel kanser!
No reviews found