Apakah kerana cinta, seseorang itu harus meminggirkan insan yang telah sekian lama berbudi? Apakah kerana rindu seseorang itu harus melupakan insan yang pernah berjasa? Di manakah murninya rindu dan cinta jika sedemikian hal yang bakal diterima oleh pemain cinta?
Mekar kasih di perantauan, mengusik salju cinta di tanah kelahiran. Tanpa sedar, tanpa disengajakan tautan kasih di tanah Songkla mengheret Herman Bakri ke lembah konflik. Antara Gritsana dengan Dafayanti terjalin dua semangat berbeza. Kasih dan sayang yang sukar untuk dimengertikan.
No reviews found