Lelaki ini dikatakan lelaki paling dikehendaki di Malaysia pada PRU14. Lelaki ini mengubat rindu rakyat Malaysia kepada almarhum ayahandanya; Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Lelaki ini membawa auranya tersendiri, tenang, lembut, sentiasa tersenyum dan mudah didekati. Lelaki ini mendapat perhatian rakyat bukan Islam melalui ucapannya di himpunan rakyat di Putrajaya,
Ramai yang mahu mengenalinya dengan lebih dekat. Pasti anda juga sebahagian daripada mereka!
Terkini! Kami bawakan untuk anda sebuah buku berkonsepkan ala biografi mengenai individu bernama Nik Omar Nik Abd Aziz. Ia diadun dengan isu semasa dan mengupas pendekatan yang dibawa oleh Ustaz Nik Omar untuk memberi imej Islam yang segar pada era Malaysia Baharu selepas PRU14.
Buku ini juga menyorot situasi, cabaran yang dilalui oleh Ustaz Nik Omar ketika mendepani polemik PRU14.
Kesimpulannya yang kita mahu peroleh dari buku ini adalah benarkah ustaz Nik Omar bakal menjadi penyumbang legasi Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz atau beliau menpunyai aura tersendiri dalam membawa imej Islam.
ISI KANDUNGAN
Penghargaan
Prakata
Pengenalan: Rindu Terubat
Doa Husam Musa: Ustaz Nik Omar Bakal Menteri Besar Kelantan
Pandangan Anbakri Haron: Ustaz Nik Omar Mirip Almarhum Ayahandanya
Mohd Sayuti Omar Menulis
Memori Seorang Sahabat: Ustaz Nik Omar Yang Aku Kenali
Bab 1: Kemunculan Pertama
Bab 2: Pesona Ustaz Nik Omar
Bab 3: Siapa Legasi Amarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Bab 4: Ustaz Nik Omar Dari Lensa Dekat
Bab 5: Mengapa Bersama Pakatan Harapan
Bab 6: Tun Dr. Mahathir Dari Kaca Mata Ustaz Nik Omar
Bab 7: Islam Era Malaysia Baru
Bab 8: Islam Rahmatan Lil ‘Alamin
Bab 9: Raikan Yang Belum Islam
Bab 10: Dari Medan Pendidikan Ke Medan Politik
Bab 11: Berlumba-Lumba Buat Kebaikan
Penutup: Ustaz Nik Omar, Permata Untuk Ummah
No reviews found