Usrah Lolipop #(L26)

Write a review
RM17.00
Ask a question
9789675994951
Out of stock


ISBN:9789675994951

Penulis: Mohammad Qayyum A. Badaruddin
Tahun Terbit: 2017
Jumlah Muka Surat: 165

=======================================================

KENAPA PERLU BERUSRAH?

Kenapa aku masih berusrah, padahal aku ni bukannya sempurna. Kenapa aku masih berusrah, padahal aku bukannya orang alim. Kenapa aku masih berusrah, padahal jasad aku ni masih berlumuran maksiat.

Dari segi bahasa, usrah adalah keluarga. Delegasi usrah abad ke 20 ini telah di popularkan oleh Imam Hassan Al-Banna sebagai satu unit kecil untuk membentuk individu muslim (rujuk marothib amal). la adalah tempat top-up iman. Dalam usrah lah, dapat menjamin kita untuk menatap, mendengar juga melafazkan ayat2 Allah. Bukalah ruang masa untuk berusrah kerana disitulah proses tazkiatun- nafs (pembersihan hati) berlaku.

“Usrah bukannya tempat untuk menuntu ilmu tetapi merupakan tempat untuk berukhwah”

Contohnya, di kilang kereta. di situ, orang tak naik kereta. Di situ tempat kereta diproses. Dari besi yang besar, keras serta tidak berwarna, is diketuk, dipanaskan , di pandu uji , dibentuk acuan dan kemudian dicat. Besi itu dipasangkan pula dengan stering, tayar , cermin dan pelbagai lagi. Setelah proses tarbiyah’ itu berlaku, barulah sebuah kereta yang canggih dan lawa di pasarkan. Berebut-rebutlah kita memuji kemantapan kereta itu. Itu jika proses pembuatannya teliti, kalau cincai. Maka kereta yg tidak berkualiti akan terhasil.

Kemanisan usrah adalah umpama LOLIPOP, di mana semakin dijamah maka semakin enak rasanya. Maka biasa-biasakanlah diri dengan berusrah untuk tarbiah hati dan membina nilai muslim yang berkualiti dan Jemaah yang kuat.

No reviews found