Kehidupannya bermula di Kampung Jawa, Panchor, sebuah kampung pedalaman tidak jauh dari Pekan Muar. Dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh ibu bapanya dengan persekitaran desa yang penuh ketenangan; berlumba tarik upih pinang, memburu dan memakan belalang kunyit, bermain gasing, serta berada dalam setiap nadi kehidupan bonda dan ayahandanya yang dikasihi ketika membina kehidupan.
Embah Buyut, Kak Asen, Kak Nik, Kak Giem, Kak Mar, Kang Keliwon, Asan, Embah Juwariah, dan ramai lagi antara watak-watak awal yang meearnai dunia Andong Kampil. Galur perjalanannya sehingga bergelar professor penuh liku. Membaca buku ini membawa nostalgia kembali ke zaman kampung yang permai dalam masa yang sama debar liku kehidupan di jalur rintangan itu tetap menjadi asam garam yang menarik untuk dibaca serta berkongsi pengalaman indah untuk semua pembaca.
No reviews found