Terdapat 15 buah cerita rakyat negeri Pahang dalam buku ini yang merangkumi pelbagai tema dan persoalan yang menepati ciri-ciri sastera rakyat yang sedia ada. Tema sastera rakyat Pahang ini antaranya berkisarkan pengembaraan, peperangan, percintaan, peranan unsur luar biasa dan kesaktian. Cerita ini disalin semula dengan mengekalkan dialek tempatan agar keaslian cerita dapat dikekalkan. Tema dan persoalan cerita yang diterbitkan dalam buku ini luas, iaitu merangkumi tema percintaan, kesaktian, pengembaraan, pendidikan, kritikan dan kisah kemasyarakatan. Kisah yang dipaparkan bukan sahaja berkisarkan watak anak-anak raja, tetapi jugak watak rakyat biasa. Rakyat biasa digambarkan mengalami kesusahan hidup dan mengembara untuk menyelesaikan masalah mereka. Selain itu, terdapat juga cerita yang menunjukkan hubungan antara watak yang terdiri daripada manusia dengan watak binatang.
No reviews found