“Uda dan Dara selama ini orang hanya tahu sebuah drama yang banyak unsur romantik, tetapi banyak orang tidak tahu di dalamnya ada mesej pembaharuan kaum kapitalis yang menghisap darah orang-orang kampung.”
-Krishen Jit, temu bual dengan Zahari Affandi, Utusan Zaman
“Uda dan Dara kesayangan masyarakat Tionghoa..Kami merasakan seolah-olah pelaku itu orang Tionghoa sendiri kerana apa yang dikemukakan kerap kali berlaku dalam masyarakat Tionghoa.”
-Kelana C.N, Johor, Berita Harian
”Temanya adalah tema kehidupan rakyat pada zaman silam, zaman kini atau zaman akan datang - tragedi cinta dan penindasan manusia terhadap manusia yang boleh berlaku dimana-mana sahaja…Tahniah dan kalungan bunga kepada Usman Awang kerana gubahan skrip yang memudahkan apresiasi penonton.”
-Ismail Dahaman, Dewan Sastera
No reviews found