Save 15%

Tunku Kelana Penuh Cinta #(L42,BL41)

Write a review
Old price: RM80.00
RM68.00
You save: RM12.00 (15%)
Ask a question
9789672672302
In stock
+
Tajuk:Tunku Kelana Penuh Cinta
ISBN:9789672672302
Penerbit: IBDE Ilham
Penulis:Kobkua Suwannathat-Pian
Penterjemah: Ahmad Zamani Ishak & Norziati Rosman
Tahun Terbitan: 2012
Muka Surat: 395
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.755  kg
Dimensi (cm): 23.5 cm x 15.5 cm x 4 cm
 
SINOPSIS
 

Ini sebuah biografi Tunku yang sangat intim. Ia mendedahkan sisi peribadi Tunku yang ramai daripada kita tak tahu. Anda akan menemukan percanggahan: dakwaan kaum Cina bahawa Tunku pro-Melayu dan orang Melayu mendakwa Tunku pro-Cina. Mungkin anda akan temui kejutan seperti tabiat minum Tunku, kenakalan kala rumaja dan sisi kerohaniannya. Ditulis dalam bahasa yang jelas, buku ini tidak cuba menyembunyikan kehidupan seorang Bapa Kemerdekaan.

Tentang Pengarang :

Kobkua Suwannathat-Pian diiktiraf sebagai ahli dalam bidang hubungan dan sistem beraja Malaysia-Thai. Kajiannya yang terperinci tentang hubungan Tanah Melayu-Siam pada abad ke-17 dan 18 (Oxford University Press, 1988) dan sistem beraja Siam (Routledge Publications, 2003) dirujuk secara meluas dalam dunia akademik. Semasa bersara, Kobkua memegang kerusi profesor dan Felo Kanan di Jabatan Sejarah, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. 

Sepanjang 30 tahun mendidik, Kobkua telah mengajar di beberapa institusi terkemuka termasuklah Universiti Chiangmai, Universiti Chulalongkorn, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Gadjah Mada dan Universiti Hong Kong.

Kobkua sekian lama mengkaji Tunku yang berdarah raja Melayu dan bangsawan Siam, turut hidup merentas zaman sebelum dan selepas perang dunia serta mempengaruhi pembentukan sistem beraja Malaysia. Kekuatan sumber dan sudut pandang Kobkua semestinya teradun dalam satu-satunya buku biografi yang ditulis oleh beliau ini.

No reviews found