Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan Malaysia. Abdul Latip Talip. [F3]

Write a review
RM19.90
Ask a question
Price in points: 20 points
Out of stock

Tidak menyerah sebelum berjuang. Sewaktu amanah dan tanggungjawab besar digalas, menjadi orang nombor satu negara, demi melihat anak bangsa membangun, beliau disahkan menghidap penyakit membawa maut, leukemia atau barah darah. Namun, tempoh enam tahun dijangka oleh seorang doktor untuk bernafas di atas muka bumi, langsung tidak mematahkan semangatnya. Beliau yakin, beliau akan sembuh. Tiada sesiapa yang tahu derita penyakit yang dihadapinya termasuklah keluarga sendiri.

Beliaulah Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein, dilahirkan pada 1922 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Perdana Menteri Malaysia kedua. Bapa Pembangunan Malaysia. Pelbagai dasar diperkenalkan dan dengan teguh beliau melangkah ke hadapan membawa Malaysia tanpa menghiraukan penyakitnya. Permasalahan politik diselesaikan dengan pendekatan politik.

Jasa dan pengorbanan beliau tiada gantinya sehingga nafas terakhir. Rakyat masih menjadi keutamaannya. Beliau mahu Malaysia terus maju, tidak dijajah dan tidak terus mundur. Biarlah beliau berkorban dan berpenat lelah kerana nanti beliau akan berehat lebih lama. Dan pada usia 53 tahun, Malaysia dikejutkan dengan pemergiannya dan puluhan ribu rakyat menyambut kepulangan jenazah dari London dengan tangisan dan air mata. Beliau, seorang pemimpin yang disayangi rakyat gugur sewaktu berjuang dan sukar dicari ganti.

  • Author: Abdul Latip Talib
  • Format: Paperback | 172 pages
  • Language: Bahasa Malaysia
  • ISBN: 978-967-15777-7-6

No reviews found