Sinopsis | Buku ini telah ditulis dengan lebih terperinci bagi memenuhi keperluan permintaan buku dalam bidang pengurusan di pasaran buku tempatan. Dalam edisi kedua, buku ini banyak mengupas aspek teori, prinsip dan amalan pengurusan semasa, sama ada yang diamalkan oleh organisasi di luar ataupun dalam negara. Penambahan bab & fakta dalam edisi kedua ini memantapkan lagi isi & kandungannya kerana terdapat banyak isu menarik tentang pengurusan dalam syarikat global. Terdapat lebih banyak isu terkini yang diutarakan bagi membicarakan sifat dan budaya pengurusan korporat syarikat global. Antaranya termasuklah gaya pengurusan syarikat di Jepun, perkembangan teknologi maklumat & komunikasi dalam bidang pengurusan & perkembangan syarikat domestik, antarabangsa dan multinasional. Buku ini diterbitkan untuk panduan dan rujukan para pengurus organisasi perkhidmatan awam dan syarikat swasta, pengurus & pengusaha firma seperti golongan usahawan serta penuntut politeknik & pelajar institusi pengajian tinggi | |
---|---|---|
Penulis | Juhary Haji Ali Ishak Haji Ismail | |
Bil. Halaman (ms) | 197 | |
Berat Buku (kg) | : | 0.25 |
No reviews found