Sinopsis | Kristal di Laut Bulan ialah kumpulan puisi Siti Zaleha M. Hashim yang kedua, sesudah Camar di Cangkir Bumi (1999). Kehadiran kumpulan puisi yang memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia kategori Buku Puisi 2006/2007 ini semacam memberi pernyataan bahawa penyair wanita yang mula menulis puisi pada dekad 1970-an ini ialah seorang penyair yang dapat mengukuhkan namanya dalam jalur perpuisian Melayu Malaysia. Selebihnya, kumpulan ini makin mengukuhkan gaya peribadinya sehingga pembaca puisi dapat mengindentifikasikannya. Apakah sewaktu Siti Zaleha M. Hashim menganyam kata-kata pada baris-baris puisinya, dianyamnya juga bunyi, simbol, bahasa figuratif, dan unsur-unsur stilistik yang lain lagi sebagai hiasan untuk mengacu pada estetik puisi? Apakah introspeksi dan introspektif sahaja yang sering mengisi puisi-puisinya atau ruang lingkupnya lebih luas dan besar lagi? | |
---|---|---|
Penulis | Siti Zaleha M. Hashim | |
Bil. Halaman (ms) | 132 | |
Berat Buku (kg) | : | 0.19 |
No reviews found