Bombacaceae dikenali sebagai famili durian atau kapuk/ kekabu yang diasaskan daripada genus Bombax. Ia mempunyai kira-kira 26 genus dan 250 spesies. Selain itu, Bombacaceae banyak terdapat di rantau Malesia yang membentuk kanopi utama atau lapisan pohon bawah kanopi di kawasan hutan dipterokarpa tanah rendah dan hutan bukit. Terdapat kira-kira 44 spesies daripada lima genus, iaitu Bombax, Coelostegia, Durio, Kostermansia dan Neesia. Kebanyakan spesies juga bersifat endemik di hutan tebal Sabah dan Sarawak. Kajian ini amat perlu bagi menambah data anatomi dan mikromorfologi daun bagi spesies dan genus dalam Bombacaceae. Ciri anatomi dan mikromorfologi daun mempunyai kepentingan dalam taksonomi dan sistematik Bombacaceae terutama untuk pembezaan, pengecaman dan membantu menyelesaikan masalah dalam pengelasan.
No reviews found