Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga ingin mengecapi kemajuan atas anma dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Waheeda telah membuat kebetulan hidungnya yang kebetulan digigit monyet dengan melakukan pembedahan rekonstruksi wajah untuk menjadi lebih cantik. Dengan kecantikan yang dibentuk, maka datanglah kejayaan dalam kerjayanya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukan suaminya dengan anak rakan niaganya di Sarawak Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga malah merosakkan kehidupannya. Kecantikannya menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan prang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikannya dan ditambah rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya, Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhirnya mereka dipertemukan di chalet tersebut. Namun, disudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.
No reviews found