Tajuk: The Power of Habit: Edisi Bahasa Melayu
ISBN:978-967-481-557-8
Penerbit: PTS
Penulis: Charles Duhigg
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 504
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg):0.670
Dimensi (cm): 22.8cm x 15.2cm x 2.5cm
Mengapa kita lakukan apa yang kita lakukan, dan bagaimana hendak berubah.
"Seluruh hidup kita, selagi ia mempunyai bentuk yang tetap, adalah suatu kumpulan tabiat."
- William James
Satu kertas kerja yang diterbitkan oleh penyelidik Universiti Duke pada tahun 2006 mendapati lebih daripada 40 peratus tindakan yang dilakukan oleh seseorang itu pada setiap hari bukan hasil suatu keputusan sebenar, sebaliknya itu adalah hasil tabiat mereka.
Kebanyakan pilihan yang kita buat pada setiap hari mungkin terasa seolah-olah hasil daripada suatu keputusan yang sudah difikirkan dengan sebaik-baiknya, sebaliknya bukan begitu.Sebenarnya itu adalah suatu tabiat. Walaupun setiap satu tabiat itu sendiri tidak mempunyai sebarang makna, namun lama-kelamaan makanan yang kita pesan, hal yang kita katakan kepada anak-anak pada setiap malam, sama ada kita menyimpan ataupun berbelanja, bagaimana kita beriadah, dan cara kita mengatur fikiran dan rutin kerja mempunyai kesan yang besar atas kesihatan, produktiviti, jaminan kewangan, dan kebahagiaan kita.
No reviews found