THE MISSING PIECE 1 & 2 oleh FATIMAH BUSU [RAK 85]

Write a review
RM100.00
Ask a question
Price in points: 100 points
In stock
+

Judul : The Missing Piece (Bah. 1 dan Bah 2)

Penulis : Fatimah Busu

Penerbit : Citra Kurnia Ent.

Genre : Novel

Mukasurat : 732 halaman

Cetakan Pertama : 2006

ISBN : 983414699x


Ia merupakan sambungan daripada The Missing Piece Bah. 1. Segala persoalan dalam The Missing Piece Bah. 1 akan terjawab dalam TheMissing Piece Bah. 2 ini.



The Missing Piece Bahagian II karya Dr Fatimah Busu menghanyutkan pembaca dengan perjuangan hidup Imrah untuk memulihkan suami tersayang,Lawrance, yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah akibat kemalangan sebelum akhirnya dijemput Ilahi.


Meskipun pelbagai usaha dilakukan Imrah dan iparnya bagi membolehkan Lawrance berjalan seperti sedia kala seç’°ingga memanggil pakar sarafdari Israel dan refleksologi dari China tetapi segala-galanya sia-sia.


Kurang dua tahun Lawrance @ Joehari berpulang ke Rahmatullah, Imrah dipertemukan semula dengan Charlie, pemuda Cina yang duduk bersebelahan dengannya dalam kereta api malam yang membawa mereka dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.


Charlie menggunakan kesempatan pertemuan semula dengan Imrah selepas 20 tahun berpisah kerana Imrah kembali semula ke pangkuan Lawran ceuntuk mencurahkan isi hatinya yang terpendam sejak sekian lama.


Lamaran Charlie menyebabkan Imrah serba salah kerana sayangnya kepada Lawrance masih bertamu dan dalam masa yang sama simpatinya kepada Charlie melimpah ruah kerana setia menanti.


Sepanjang pemergian Lawrance, Adik, hasil perkongsian Imrah bersama Lawrance yang menuntut di sekolah tahfiz di Gombak turut berusaha menjodohkan ibunya dengan seorang ustaz pilihannya.


Imrah yang resah kerana menyangka Adik akan terkejut dengan keputusannya untuk bernikah dengan Charlie reda apabila anak lelakinya itu menerima kehaç’¬iran Charlie dengan hati terbuka.


Panas yang disangka ke petang rupanya hujan di tengah hari menimparumah tangga Imrah bersama Charlie yang akhirnya termakan hasutanabangnya yang memalsukan gambar Imrah bersama lelaki lain.


Charlie yang tertekan apabila melihat gambar terbabit sehingga terkeluar perkataan perempuan sundal dan jalang serta perkataan cerai daripadanya, enggan mengakui anak dalam kandungan Imrah menghalaunya keluar.


Apakah Charlie akan berbaik semula dengan Imrah dan apakah Charlie akan mengikuti jejak langkah Lawrance akan diketahui dengan membaca novel terbitan Citra Kurnia Enterprise setebal 884 halaman ini.


Sumber : Berita Harian

No reviews found