Save 15%

TERJEMAHAN MASA KINI: TREND DAN PERSPEKTIF #(Q4)

Write a review
Old price: RM30.00
RM25.50
You save: RM4.50 (15%)
Ask a question
9789674606183
Out of stock
ISBN : 9789674606183
Penulis : Gunilla Anderman, Margaret Rogers
Penterjemah : Anis Shahirah Abdul Sukur, Haniza Lockman
 
Tahun Terbitan : 2017
Harga : RM 30.00  
 
 
 

Buku ini mengemukakan pandangan merentasi trend dan isu berkaita pada permulaan alaf baharu. Koleksi pandangan ini bertitik tolak daripada persidangan disusun mengikut agenda peribadi Peter Newmark, sarjana terjemahan yang dikenali di seluruh dunia. Beliau menyampaikan makalahnya dalam simposium untuk meraikan pembentangan Liber Amicorum, Word, Text, Translation beliau (Multilingual Matters, 1999).

Jilid terkini terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, rakaman perbincangan yang dicetuskan oleh makalah Peter Newmark dan dimulakan dengan ringkasan oleh beliau sendiri. Beliau menceritakan beberapa isu yang menarik, menyeronokkan dan kontroversi. Bahagian kedua pula menyediakan skop untuk mengundang rakan sekerja beliau agar memperkembangkan topik yang dipilih, iaitu daripada versi penuh makalah Peter Newmark yang mewujudkan senario ini: Sifat Terjemahan; Jenis Terjemahan; Teks Sahih dan Teks Kurang; Bahasa Inggeris sebagai Lingua Franca Terejmahan; Penilaian Terjemahan; serta Universiti dan Pasaran. Sumbangan ini membawa kita melalui kedua-dua kawasan yang lazim dan baharu, daripada ketidakbolehterjemahan kepada bentuk baharu terjemahan dan kaitan sosialnya. Sumbangan ini membawa kita melalui kedua-dua kawasan yang lazim dan baharu, daripada ketidakbolehterjemahan kepada bentuk baharu terjemahan dan kaitan sosialnya. Sumbangan tambahan daripada sarjana terjemahan antarabangsa  seperti Stuart Campbell, Juliane House dan Kirsten Malmkjaer meningkatkan lagi tarikan kepada jilid ini sebagai pencetus ke arah Pengajian Penterjemahan pada permulaan alaf baharu.

Profesor Gunilla Anderman ialah Pengarah Pusat Pengajian Penterjemahan, University of Surrey, Selepas memperloleh PhD. dalam Linguistik Teoretis, beliau mengajarkan Terjemahan Terapan dan Teori Terjemahan selama beberapa tahun. Selaku penterjemah profesional untuk drama, penerbitan beliau sering mempunyai kaitan dengan faktor linguistik dan budaya dalamm Terjemahan Drama. Namun begitu, minat kajian beliau merangkumi spektrum yang lebih meluas termasuk terjemahan dan pembelajaran bahasa, terjemahan sastera kanak-kanak dan terjemahan ke dalam dan daripada bahasa inggeris selaku bahasa global.

Dr. Margaret Rogers ialah Timbalan Pengarah Pusat Pengajian Penterjemahan di University of Surret, dan beliau mempunyai minat khas dalam terminologi. Beliau memperoleh PhD. dalam Longuistik Terapan dan telah mengajarkan terjemahan, terminologi analisis teks kapda pelajar ijazah dasar dan pelajar ijazah tinggi di UK dan Jerman. Setelah menjadi pembantu bersama dalam menguruskan beberapa projek Eropah berkaitan penterjemahan, penerbitan terkini beliau adalah dalam bidang korpus teks dan terminologi.

 

No reviews found