Kita fikir ia mustahil, namun tiada yang mustahil bagi-Nya… Tiada satu insan pun di dunia ini terlepas daripada diuji oleh Allah s.w.t. Ujian yang Allah s.w.t. turunkan kepada kita datang dalam pelbagai bentuk. Boleh jadi kita diuji dengan kesempitan wang, keluarga yang berpecah-belah, kesihatan yang tidak menentu, ataupun kehilangan orang yang kita sayangi. Bersedekah adalah satu daripada jalan untuk kita keluar daripada kemelut yang melanda kehidupan. Walaupun kita berada dalam keadaan serba kekurangan, kita perlu juga berusaha untuk bersedekah kerana amalan ini akan memberi kebaikan kepada kita. 5 perkara menarik dalam buku ini: - Keberkatan sedekah dan analoginya - Persoalan sedekah yang perlu dimuhasabah - Sedekah yang kreatif - Kisah pedoman yang menarik - Modul aktiviti di hujung setiap bab Baca, faham dan amalkan agar sedekah benar-benar mampu menjadi terapi hidup kita. |
No reviews found