Buku “Taubatku untuk siapa?” ini merupakan huraian daripada kitab Bahr ad-Dumu’ (lautan air mata). Bahr ad-Dumu’ merupakan salah satu karya agung ulama terkemuka suatu ketika dahulu, Ibnu Jauzi. Beliau banyak menghasilkan karya ilmiah dalam pelbagai bidang keilmuan. Di dalam buku ini, Ibnu Jauzi mengetengahkan pelbagai jenis maksiat yang sering dilakukan oleh manusia. Beliau juga menasihati pembaca dengan menggunakan pendekatan yang persuasif dengan menyampaikan banyak kisah-kisah orang berdosa yang bertaubat. Kisah-kisah ini menunjukkan tentang bagaimana mereka tenggelam dalam lautan air mata mereka sebagai bentuk penyesalan atas kehidupan mereka yang sia-sia. Daripada kisah-kisah ini, cukup untuk menjentik hati pembaca tentang betapa mendalamnya ketakutan orang yang bertaubat itu akan dosanya dan pembalasan di hari akhirat kelak.
No reviews found