Sebuah penulisan kesinambungan sejarah bangsa Melayu dari Melaka hingga ke sejarah bangsa Melayu di Johor. Buku ini bakal menjawab persoalan yang dimiliki bangsa Melayu pada hari ini tentang apakah bangsanya tidak berbuat apa-apa setelah kejatuhan kota Melaka. Bangsa Melayu telah berjaya mencuci arang yang dicoreng di muka nenek moyang mereka apabila berhasil mengusir Portugis dari kota Melaka.
Hasil daripada strategi “membunuh dengan pisau pinjaman”, Johor berjaya menggunakan meriam dan kapal Belanda yangsebelumnya mengalami kekalahan berturut-turut kepada Portugis. Tentera kesultanan Johor dengan lengan terkulai memanjat tembok kota dan mengamuk menghapuskan tentera Portugis yang masih bertahan. Seterusnya, mereka berjaya membalas dendam semula ke atas kejatuhan Melaka puluhan tahun sebelumnya dan dendam bangsa Melayu terbalas.
No reviews found