===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 8.2”
ISBN-13: 9789671270707
Jumlah Muka Surat: 184
Berat (Kg): 0.22
===========================
Ustaz Hafez Sabri
Seorang anak muda yang aktif dalam perjuangan Islam khususnya dalam bidang dakwah dan tarbiyah. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Agama Tarbiyah Islamiyah Ulu Kinta Perak (SRATI), kemudian melanjutkan pengajian peringkat menengah dibeberapa buah sekolah, seterusnya ke Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang (KISAS), selepas itu beliau melanjutkan pengajian le peringkat ijazah sarjana muda di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, kemudian beliau sempat mengikuti daurah tarbiyah yang dikelolai oleh Muassasah Al Quds Palestin di Yaman, sejurus selepas itu beliau menyambung pengajian ke peringkat sarjana di ISDEV Universiti Sains Malaysia (USM) dan kini sedang merangka untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD.
Sebelum penulisan buku ini, beliau telah menulisdua buah buku kajian ilmiah berkenaan kajian tokoh iaitu “Syeikh Abdul Wahid Dan Sumbangannya Terhadap Sistem Pendidikan Islam” & sebuah lagi buku kajian iaitu “Kaedah pembangunan Insan berteraskan Islam: Tumpuan Khusus Berdasarkan Surah Al-Mukminun”
Beliau mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang dakwah dan pentarbiyahandan pernah mengikuti system pentarbiyahan yang sistematik dari beberapa tokoh besar di tanah air dan di luar negara yang menjadi naqib kepada beliau. Kini beliau menumpukan sepenuh masanya untuk kerja-kerja pentarbiyahan dan dakwah dan beliau juga sering dijemput oleh pelbagai pihak untuk memberi pengisian dakwah dan tarbiyah di serata tempat.
No reviews found