TANGISAN BANGSAKU | Arifin Ngah [UTUSAN]

Write a review
RM19.00
Ask a question
Price in points: 19 points
In stock
+

SINOPSIS


Novel setebal 341 halaman dan mengandungi 35 bab ini mengangkat tema perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong menentang Inggeris di Terengganu, khususnya di Telemong dan Limbong, pada awal abad ke-20.
Keseluruhan novel ini berkisar pada perjuangan beliau dan penyokongnya dalam menentang tekanan Inggeris ke atas Sultan agar mengenakan cukai terhadap tanah yang diusahakan rakyat.
Percubaan itu menimbulkan kemarahan rakyat kerana selama ini mereka tidak perlu mendapat perkenan Sultan jika mahu mengusahakan tanah dan perkara itu dilihat sebagai percubaan Inggeris untuk merampas tanah daripada rakyat.
Teknik penceritaan dalam novel ini lancar dalam pelbagai unsur seperti panorama, dialog, imbas kembali dan imbas muka manakala dialognya berfungsi, terutama ketika ceramah atau ajaran agama yang dituturkan oleh Haji Abdul Rahman Limbong.
Ucapan watak tertentu juga dimanfaatkan sebaiknya dalam mengetengahkan kisah dan tindakan manakala plotnya masih menurut urutan peristiwa dan terikat dengan gaya konvensional.
Pembinaan perwatakannya turut meyakinkan, terutama peranan Mat Solah, putera Haji Abdul Rahman Limbong dan secara keseluruhan novel ini memaparkan perlukisan perwatakan dalam gaya menarik, kreatif dan imaginatif. 

No reviews found