Buku ini menghuraikan pendekatan yang menggabungkan pelbagai kaedah bagi menangani masalah takrif kamus istilah yang pelbagai dalam usaha menghasilkan panduan pentakrifan yang lebih mantap. Untuk tujuan itu, dua teori linguistik telah diterapkan, iaitu teori Umum Peristilahan (TUP) daripada disiplin peristilahan dan teori Relevans (TR) daripada disiplin pragmatik. Kemudian, penjelasan difokuskan pada dapatan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang dijalankan untuk menguji kebolehterimaan takrif cadangan yang disediakan berlandaskan TR dalam kalangan pengguna bidang kejururawatan.
Seterusnya, buku ini turut menghuraikan dengan terperinci dapatan yang membuktikan bahawa TUP dapat menjelaskan maklumat kepada kumpulan dengan atribut tertentu, manakala TR pula berfungsi menghuraikan atribut tersebut. Secara umumnya, penggabungan kedua-dua teori mi telah dapat mengenal pasti pendirian takrif kamus istilah dengan lebih tepat dan menyeluruh. Sebagai rumusan dalam bab akhir, buku ini turut menggariskan beberapa panduan penyusunan takrif kamus istilah yang lebih mantap dan berwibawa dengan berlandaskan teori linguistik terkini serta berorientasikan pengguna. Penerbitan buku ini diharapkan dapat menambah khazanah hasil penulisan dan kajian tentang aspek mikrostruktur yang mencakupi takrif kunis, khususnya kamus istilah bahasa Melayu.
No reviews found