Tafsir Mawdu'i Sungai Penulis: Zulkifli Mohd Yusoff & Zaini Ujang Harga: RM175.00 Muka surat: 245 ISBN: 978-967-2422-50-1 Ringkasan buku: Buku ini dirangka dan ditulis kerana menyedari betapa banyak ayat al-Qur'än dan hadith Nabi Muhammad & menyebut tentang sumber air, terutamanya sungai. Namun demikian, jarang dibicarakan tentang sungai daripada perspektif al-Qur'än dan hadith dalam menangani perkembangan masyarakat, melentur aktivisme alam sekitar atau mencorakkan majlis ilmu di serata dunia. *** Al-hamdu li'Llah, kami memulakan penulisan Tafsir Mawdu’i Sungai menggunakan pendekatan peristilahan dengan mencari ayat-ayat al-Qur'än yang berkaitan sungai, kemudian dibahagikan mengikut dua maudu' yang khusus: (a) sungai di dunia (15 ayat) dan (b) sungai di akhirat (41 ayat berkaitan sungai di dalam syurga). Al-Kawthar juga dibincangkan menurut pelbagai perspektif dalam kalangan ahli tafsir muktabar dan semasa vang hampir sepakat bahawa Al-Kawthar adalah sungai yang merupakan salah satu anugerah istimewa kepada Nabi Muhammad & di akhirat kelak. -Sidang Pengarang-
No reviews found