Save 15%

Tafsir Al-Jalalain (Surah Al-Fatihah & Yasin) (Z24)

Write a review
Old price: RM30.00
RM25.50
You save: RM4.50 (15%)
Ask a question
9789673883561
Out of stock

Format: Hardcover

ISBN-13: 978-967-388-356-1

Jumlah Muka Surat: 149

Berat: 0.348

=========================

SYNOPSIS 

Ilmu tafsir al-Quran ialah satu ilmu yang sangat penting dan mulia, kerna ia berkaitan dengan Kitab Allah yang paling mulia, iaitu al-Quran. Kepentingan dan kemuliaan sesuatu ilmu adalah bergantung kepada kepentingan dan kemuliaan perkara yang diketahui dengan ilmu itu. Buku ini disusun berpandukan kepada kitab Tafsir al-Jalalain yang dikarang oleh dua Imam Jalaluddin, iaitu Jalaluddin al-Mahlli (791-864) Hijrah) dan muridnyam Jalaluddin as-Suyuthi (849-911 Hijrah). rahimahumallahu ta'ala.

Sejak zaman pengarangnya masih hidup, iaitu pada kurun ke-9 Hijrah, sehingga kini, buku karangan mereka sangat terkenal di seluruh dunia Islam. Antara kelebihan buku mereka berdua ialah mereka telah memilih tafsiran yang paling sahih pada ijtihad mereka berdua untuk dimuatkan dalam kitab mereka, tanpa menyebut pandapat-pendapat lain, lalu buku mereka bersifat ringkas, padat dan sudah memadai untuk dijadikan wasilah memahami al-Quran. Berdasarkan kitab Tafsir al-Jalalain tersebutlah, buku ini disusun dengan ciri-ciri berikut;

- Beberapa tajuk penting tentang tafsir al-jalalain dan Surah Yasin dibahaskan dalam pendahuluan buku ini secara ilmiah. 

- Terjemahan perkata, iaitu setiap perkataan dalam setiap ayat diterjemahkan berdasarkan makna asalnya. Jika makna asalnya pelbagai, maka makna yang dipilih oleh Imam al-Jalalain rhm akan diutamakan.

- Semua penjelasan bahasa, nahu, sorof, balaghah, qiraat dan sebagainya diasingkan dan disebutkan dalam notakaki, supaya pembaca awam tidak rasa terbeban dengan maklumat-maklumat tersebut.

- Hadis-hadis yang ada dalam Tafsir al-Jalalain disebutkan takhrijnya dalam ruangan notakaki. 

- Diakhir tafsir sesuatu kelompok ayat, terdapat mafhum kelompok ayat terbabit, supaya pembaca dapat memahami kandungan ayat-ayat tersebut dengan lebih mudah dan jelas, sebagai rumusan kepada terjemahan perkata dan terjemahan Tafsir al-jalalain yang telah disebutkan sebelum itu. 

 

Semoga melalui buku ini, para pembaca dapat memahami al-Quran dan menghayatinya dengan mudah dan jelas, untuk dijadikan pedoman dan pegangan hidup, amin ya Rabbal 'alamin. 

No reviews found