SINOPSIS
Tafsir Surah Yasin dan Juzuk 23 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar.
Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain.
Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab.
Tafsir Surah Yasin dan Juzuk 23 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang seringkali dibaca pada setiap malam jumaat di surau dan masjid. HAMKA mengupas makna pada surah yang seringkali dibaca ini.
Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.
ISI KANDUNGAN
PENGANTAR
SURAH YASIN (YASIN)
Tiga Orang Utusan Allah
Kisah Lelaki itu
Menilik Kekayaan Allah Dalam Alam
Peredaran Falak
Keindahan Laut
Bila Kiamat Datang
Sesalan Allah Terhadap Anak Adam
Al-Quran Bukan Syair
Binatang Ternak
Perhatikanlah Asal Kejadianmu!
SURAH AS-SAFFAT (Yang Berbaris-baris)
Pendahuluan
Barisan Malaikat
Kejadian Malaikat
Penderitaan
Tolak Bertolak Kesalahan
Tanya Bertanya Penduduk Syurga
Pohon Zaqqum?
Cerita Nabi Nuh
Cerita Nabi Ibrahim (I)
Ibrahim dan Berhala-berhala Kaumnya
Cerita Nabi Ibrahim (II)
Siapakah yang Hendak Dikorbankan? Ismailkah atau Ishaq?
Cerita Nabi Musa dan Harun
Nabi Ilyas
Nabi Luth
Nabi Yunus
Persoalan untuk Direnungkan
Suatu Peringatan kepada Kaum Musyrikin
Janji Allah SWT kepada Rasul-rasul-Nya
Surah Sad (Sad)
Pendahuluan
Keingkaran kepada Rasul dan Ajaran Tauhid
Tempelak Atas Musyrikin
Dua Orang Memohon Penyelesaian Perkara
Nabi Sulaiman dan Kuda-kudanya
Ujian terhadap Nabi Sulaiman
Hamba Kami Ayyub
Nikmat Syurga
Nasib di Neraka
Berita Besar
Perintah Sujud kepada Manusia
Iblis Diberi Kesempatan
CATATAN
No reviews found