Tafsir Surah Az-Zumar dan Juzuk 24 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab.
Tafsir Surah Az-Zumar dan Juzuk 24 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 24, iaitu Surah Al-Ghafir, Az-Zumar, dan Fussilat. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.
Isi Kandungan
PENGANTAR JUZ 24 3
Surah az-zumar (BATU BESAR) 7
Disuruh Mempertimbangkan Baik-Baik 22
Perhambaan kepada Allah Secara Ikhlas 29
Taghut 36
Sebaik-baik Kata 50
Engkau Akan Mati 56
Kepercayaan Asli 69
Di antara Mati dan Tidur 77
Sikap Manusia 90
Jangan Putus Asa dari Rahmat Allah! 96
Kembalilah kepada Allah! 105
Manusia Tidak Insaf Terhadap Allah 117
Surah ghafir (YANG MAHA PENGAMPUN) 125
Hubungan Malaikat dengan Orang yang Beriman 140
Kemurkaan-Ku dan Kemurkaanmu! 147
Menghadapi Hari Kiamat 152
Katak di Bawah Tempurung 162
Siapa Dapat Menolak Bencana Allah? 169
Pertengkaran Penghuni Neraka 193
Masalah Penciptaan! 201
Beberapa Sifat Kebesaran Allah 213
Mereka yang Mendustakan Al-Kitab 223
Binatang Ternak 232
Surah fussilat (YANG DIJELASKAN) _______________________ 241
Renungan 253
Ancaman Shaa’iqah (Petir) 263
Musuh-Musuh Allah 273
Neraka Balasan Orang Kafir 284
Istiqamah 289
Dakwah 302
Taktik Dakwah 307
Malam dan Siang 314
No reviews found