SINOPSIS
Tafsir Surah Al-Waqiah dan Juzuk 27 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar.
Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.
HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain.
Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab.
Tafsir Surah Al-Waqiah dan Juzuk 27 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 27 seperti Surah Al-Waqiah dan Surah Ar-Rahman.
Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.
ISI KANDUNGAN
Pengantar
Surah Az-Zariyat (angin berembus)
Balasan di Hari Pembalasan
Renungan untuk Mencari Keyakinan
Tentang Nabi Ibrahim
Tentang Nabi Musa
Tentang Bumi dan Langit
Tentang Manusia dan Jin
Surah At-Tur (bukit)
Pendahuluan
Apa yang Diamal Itulah yang Didapat
Mari Cuba Terangkan!
Mari Teruskan Penerangan
Surah an-Najm (bintang)
Pendahuluan
Tutur Nabi Ialah Wahyu
Di Sidratil Muntaha
Dakwaan Kamu Hanya Sangkaan
Orang yang Mementingkan Diri Sendiri
Kekuasaan Allah Maha Luas
Peringatan!
Surah al-Qamar (bulan)
Pendahuluan
Bulan Terbelah Dua
Kaum Nuh Pernah Mendustakan
Kaum `Ad Juga Mendustakan
Kaum Luth Sama Mendustakan
Kaum Firaun Turut Mendustakan
Surah ar-Rahman (yang maha pemurah)
Pendahuluan
Ciptaan Manusia, Ciptaan Jin
Jika Sanggup Melintasi Penjuru Langit
Bidadari Syurga
Surah al-Waqi'ah (peristiwa yang terjadi)
Pendahuluan
Peristiwa Yang Besar
Sifat Syurga
Sifat Neraka
Renungan Tentang Ciptaan allah
Siapa Yang Turunkan Air?
Jangan Pandang Enteng!
Surah Al-Hadid (besi)
Pendahuluan
Semuanya Bertasbih Kepada Allah
Anjuran Untuk Berinfak
Tentang Khusyuk
Berlumbalah Mencari Ampunan!
Bibliografi
Catatan
No reviews found