Tajuk: Tadabbur Ibrah Kisah Ajaib Dan Fakta Saintifik Makhluk-Makhluk Terawal Diciptakan Tuhan Menurut Imam Ibnu Kathir & Buya Hamka
ISBN:978-967-481-564-6
Penerbit: PTS
Penulis: Prof Madya DR Rozaimi Ramle
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 244
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg):0.340
Dimensi (cm): 22.8cm x 15.3cm x 1.2cm
Sebahagian besar kandungan Al-Quran adalah kisah. Namun, kisah yang dinyatakan dalam Al-Quran tidak sama dengan sebarang penulisan hikayat, dongeng, epik, prosa, cerpen, novel ataupun buku sejarah sekalipun.
Fokus cerita dalam Al-Quran adalah untuk ditadabbur dan dihayati ibrahnya kerana ia adalah petunjuk yang sahih daripada Alah s.w.t secara hakiki.
Secara umumnya, para Ulama’ Al-Quran membahagikan kisah dalam Al-Quran kepada dua bahagian iaitu kisah para nabi dan rasul serta kisah-kisah umat terdahulu yang tidak melibatkan para nabi dan rasul.
Sebahagian ulama lain juga membincangkan kisah-kisah binatang yang disebutkan dalm Al-Quran. Namun, tidak ramai ulama yang memberikan tumpuan kepada kisah-kisah makhluk yang terawal diciptakan Allah s.w.t. Namun, Imam Ibnu Kathir dalam kitabnya, Qasasul Anbiya’ menjadikan perkara ini dalam bab pertama kitabnya.
Buku ini membicarakan mengenai kisah makhluk-makhluk terawal yang diciptakan Allah s.w.t., kisah yang sungguh ajaib bahkan saintifik.
Isi kandungan:
Bab 1 : Keajaiban Makhluk Terawal Diciptakan
Bab 2 : Keajaiban Langit dan Bumi serta Segala Isinya
Bab 3 : Keajaiban Tujuh Petala Bumi
Bab 4 : Keajaiban Laut dan Sungai
Bab 5 : Keajaiban Malaikat dan Sifat-sifatnya
Bab 6 : Pembahagian Malaikat
No reviews found