TADABBUR IBRAH KISAH AJAIB DAN FAKTA SAINTIFIK MAKHLUK-MAKHLUK TERAWAL DICIPTAKAN TUHAN MENURUT IMAM IBNU KATHIR & BUYA HAMKA

Write a review
RM25.00
Ask a question
Price in points: 25 points
In stock
+

Sebahagian besar kandungan Al-Quran adalah kisah. Namun, kisah yang dinyatakan dalam Al-Quran tidak sama dengan sebarang penulisan hikayat, dongeng, epik, prosa, cerpen, novel ataupun buku sejarah sekalipun. Fokus cerita dalam Al-Quran adalah untuk ditadabbur dan dihayati ibrahnya kerana ia adalah petunjuk yang sahih daripada Alah s.w.t secara hakiki. Secara umumnya, para Ulama’ Al-Quran membahagikan kisah dalam Al-Quran kepada dua bahagian iaitu kisah para nabi dan rasul serta kisah-kisah umat terdahulu yang tidak melibatkan para nabi dan rasul. Sebahagian ulama lain juga membincangkan kisah-kisah binatang yang disebutkan dalm Al-Quran. Namun, tidak ramai ulama yang memberikan tumpuan kepada kisah-kisah makhluk yang terawal diciptakan Allah s.w.t. Namun, Imam Ibnu Kathir dalam kitabnya, Qasasul Anbiya’ menjadikan perkara ini dalam bab pertama kitabnya. Buku ini membicarakan mengenai kisah makhluk-makhluk terawal yang diciptakan Allah s.w.t., kisah yang sungguh ajaib bahkan saintifik.

No reviews found