Syeikh Muhammad Abdullah As Suhaimi [RAK F2]

Write a review
RM25.00
Ask a question
Price in points: 25 points
In stock
+

Buku ini terbitan Jabatan Peradaban dan Pemikiran Islam, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) tahun 2011.... Pada buku ini ada dicatatkan kisah Syeikh Muhamad Abdullah as Suhaimi dengan tajuk " Riwayat hidup dan karya Ulama Besar Syeikh As Suhaimi...." Dalam buku ini juga ada dinyatakan nasab keturunannya, Muhammad bin Abdullah bin Umar bin Abdul Rahim bin Abdul Karim bin Muhyiddin bin Nuruddin bin Abdul Razak al-Madani bin Hassan bin Abu Bakar as-Syaibani bin Muhammad bin Asadullah bin Hassan at-Turabi bin Ali bin al-Faqeh bin Ali bin Muhammad Sahib al Marbat bin Ali Khali bin Alwi as-Thani bin Muhammad bin Alwi al-Awwal bin Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir bin Isa bin Muhammad bin Ali al-Aridhi bin Jaafar as-Siddiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin al-Hussin bin Ali bin Abu Talib. Ibu Hussin ialah Fatimah binti Muhammad bin Abdullah (Rasulullah s.a.w). Syeikh Umar datuk kepada Syeikh Suhaimi berasal dari Hadramaut satu wilayah di Yaman bersempadan dengan Arab Saudi... Menurut sejarahnya, selepas Bani Abbasiyah berkuasa mereka memburu orang-orang Bani Umaiyah termasuk keturunan Rasulullah saw. Ramai diantara mereka terpaksa keluar dari Mekah. Akhirnya ada yang datang ke alam Melayu jadi pendakwah. Syeikh Umar berhijrah ke Tanah Jawa sekitar tahun 1820. Apabila berlaku perang dengan Belanda Syeikh Umar membantu Pengeran Deponogoro. Beliau dikurniakan 6 orang anak seorang darinya bernama Abdullah ayah kepada Syeikh Muhamad Abdullah as Suhaimi. Setelah menuntut ilmu di Mekah Syeikh Muhamad Abdullah as Suhaimi pulang ke Wonosobo kemudian berhijrah ke Singapura dan akhirnya menetap di Klang Selangor... Adapun Syeikh Muhamad Abdullah as Suhaimi hidup pada zaman Tok Kenali. Mendapat kedudukan yang sangat tinggi di tengah-tengah masyarakat Islam pada waktu itu. Namanya sangat dikenali di Tanah Melayu, Tanah Jawa, Sumatera, Fatani, hingga ke Mesir dan Makkah... Beliau kembali ke rahmatullah pada 14 Februari 1925 hari Sabtu malam Ahad makamnya di perkuburan Simpang Lima Klang Selangor....

Product Ratings

No reviews found