Syarah Hadis 40 Imam Al-Nawawi [Pis] [RAK 19]

Write a review
RM60.00
Ask a question
Price in points: 60 points
In stock
+

Penulis kitab Hadis 40 ini iaitu al-Imam al-Allamah al-Muhadith Abu Zakaria Muhyiddin Yahya bin Syaraf al-Nawawi al-Dimasyqi al-Faqih al-Syafie rahimahullah merupakan seorang tokoh besar tidak asing yang menjadi rujukan umat Islam sejak dahulu hingga sekarang.

Kitab Hadis 40 ini ialah kitab beliau yang paling terkenal dan tersebar terutamanya di Malaysia dan banyak digunakan dalam kuliah-kuliah di masjid dan surau. Kitab ini menghimpunkan sebanyak 42 buah hadis sahih berkaitan dengan asas-asas agama yang menjadi panduan dan petunjuk dalam seluruh hal ketaatan. Hadis-hadis ini yang majoritinya diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim disyarahkan oleh ulama besar Madinah kontemporari, mantan rektor Universiti Islam Madinah, Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad hafizahullah.

Syarahan beliau yang bersifat ringkas lagi mudah diletakkan dalam bentuk poin-poin yang dinomborkan bagi memudahkan bacaan dan pemahaman. Buku ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mengayakan terjemahan kitab-kitab para ulama kontemporari dan silam ke dalam bahasa Melayu. Semoga diberkati Allah ﷻ.

No reviews found