Penulis: Anwar Majdi Ashan
Tahun Terbit: Mac 2017
======================
SINOPSIS/SARI RANSANG
Generasi hari ini jika ditanya tentang Syam sudah tentu ada yang masih terpinga-pinga. Tidak kurang juga mungkin ada yang masih menyangka Syam ialah sebuah tempat di Tanah Arab yang terkenal pada zaman Nabi S.A.W dahulu dan kini hampir-hampir tidak dikenali lagi.
Tahukah anda Syam sebenarnya dibahagikan kepada empat buah negeri yang sering disebut-sebut dan didoakan di seluruh dunia khasnya kita sendiri di Malaysia? Ya, Syam ialah Syria, Jordan, Lubnan dan Palestin yang sedang bergelombang dengan pelbagai pancaroba. Walaupun begitu percayalah, Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah menyarankan supaya kita menetap di Syam saat fitnah bergelombang menimpa dunia. Subhanallah.
Bersesuaian dengan namanya, Syam Negara Misteri Akhir Zaman ini dihasilkan untuk mengupas sekali gus menjelaskan tentang perjalanan negara Syam yang penuh misteri dengan 1001 kisah berkisar tentangnya. Antara bahagian menarik yang terkandung dalam buku ini adalah mengenai asal usul dan sejarah Syam serta kelebihan Syam yang disebut dalam al-Quran dan hadis.
Selain itu, terdapat gambar-gambar yang mampu menarik minat pembaca untuk menelusuri perkembangan negara istimewa ini dari dahulu hingga sekarang. Buku ini juga ditulis dengan tujuan utama untuk mencari dana sumbangan oleh penulis kepada rakyat Syria yang akan disalurkan melalui misi bantuan kemanusiaan, insya-Allah.
=========================================================
ISI KANDUNGAN
Kata Penerbit
Kata Pengarang
Pendahuluan
BAB1: ASAL USUL &SEJARAH PERADABAN SYAM
Tamadun Purba di Tanah Syam
Etnik Purba di Tanah Syam
Tamadun Islam di Tanah Syam
BAB2: KELEBIHAN SYAM DALAM AL-QURAN
BAB3: KELEBIHAN SYAM DALAM HADIS
Fasal Pertama: Syam Bumi Keberkatan
Fasal Kedua: Syam Bandar Anbia
Fasal Ketiga: Syam Bumi Aulia
Fasal Keempat: Syam Negara Kerajaan Islam
Fasal Kelima: Penduduk Syam Pejuang Kebenaran
Fasal Keenam: Syam Medan Rahmat & Ganjaran Syahid
Fasal Ketujuh: Syam Menjadi Rezeki bagi Nabi Muhammad
Fasal Kelapan: Syam Berda di Bawah Hamparan Malaikat
Fasal Kesembilan: Kanak-kanak Pencetus Konflik Syam
Fasal Kesepuluh: Syam Diuji Musibah Catuan
Fasal Kesebelas: Syam Rumah Iman & Islam
Fasal Kedua Belas: Syam ialah Pusat Islam
Fasal Ketiga Belas: Penduduk Syam, Sebatan Allah di Muka Bumi
Fasal Keempat Belas: Syam Tempat TInggal Penghuni Yang Baik
Fasal Kelima Belas: Syam Menjadi Kubu Terbaik Orang Muslimin
Fasal Keenam Belas: Syam Medan Terbaik Tentera Akhir Zaman
Fasal Ketujuh Belas: Syam Tempat Turun Nabi Isa AlaihisSalam
Fasal Kelapan Belas: Syam Tempat Dajal Dibunuh
Fasal Kesembilan Belas: Angin Sejuk Peragut Nyawa dari Syam
Fasal Kedua Puluh: Syam Medan Pengumpulan Manusia
Profil Ulama Syria
Glosari
Bibliografi
============================================================
ULASAN
Syam, merupakan nama sebuah tempat, kawasan yang kini merupakan gabungan 4 buah negara seperti Syria, Lebanon, Jordan dan Palestine. Menurut dua sumber utama didalam agama Islam, tanah Syam merupakan sebuah tempat yang istimewa dan banyak peristiwa yang telah dan akan berlaku disana semenjak zaman purba, zaman para nabi dan rasul sehinggalah zaman kini.
Buku ini akan memberikan maklumat kepada para pembaca tentang perkara-perkara yang menarik seperti sejarah lampau kehidupan dan ketamadunan di tanah Syam. Seterusnya, buku ini menyajikan para pembaca dengan perihal tentang tanah Syam yang disebutkan didalam kitab suci Al-Quran Al-Karim dan Hadith-hadith besrta sedikit biodata ulama - ulama yang terkenal disana. Antaranya ialah Syam adalah Pusat Islam, Kubu Terbaik Orang Muslimin dan tempat dimana Dajjal akan dibunuh. Sebenarnya ada banyak lagi, tetapi kena baca sendirilah.
Maklumat didalam buku ini disusun rapi dan kemas. Mudah untuk dibaca disamping maklumat yang diberikan tidak panjang berjela-jela. Ini akan memudahkan proses pembacaan dan pemahaman oleh para pembaca. Setelah habis baca buku ini anda akan merasakan suatu perasaan untuk tahu lebih lanjut lagi tentang Syam. Malah, mungkin akan ada rasa nak kunjungi tanah Syam untuk melihat dengan mata kepala sendiri suasana dan keadaan disana.
Dengan membaca buku ini juga dapat mengingatkan pada diri kita bahawa kiamat sudah pun menghampiri kita. Oleh itu, kita kena bermuhasabah diri dan pertingkatkan iman dan amal diri serta memperbanyakkan mengajak manusia melakukan kebaikan.
- sumber: H2413
No reviews found