Save 15%

Surat Untuk Orang Yang Putus Cinta #(L38)

Write a review
Old price: RM30.00
RM25.50
You save: RM4.50 (15%)
Ask a question
9789672118077
Out of stock

SURAT UNTUK ORANG YANG PUTUS CINTA
Adnin Roslan

Aku dengar, kau baru putus cinta? Betul ke?

"Ah!! Pergilah kau. Jangan kacau hidup aku la!"

Hmm... Aku faham perasaan kau wahai kawan yang ku cintai. Aku tahu, dan aku amat memahami. Seluruh perasaan ini terkumpul dalam hati kau, betul tak kawanku?

Kecewa. Sedih. Pedih. Sengsara. Tertekan. Resah. Gelisah. Gundah-gulana. Terasa dipermainkan. Menangis. Putus asa. Jatuh. Rasa nak bunuh diri. Malu..

Maaf kawan..

Bukan niat aku untuk nak ganggu hidup kau, atau menambah keserabutan yang bermain dalam fikiran kau.

Tidak.

Bukan itu niatku wahai kawan..

Aku cuma...

Aku cuma sayangkan kau. Aku tak seronok tengok kau dalam keadaan muram dan suram. Aku faham, memang susah nak move on.

Bukan senang nak lupakan kisah-kisah dan janji-janji yang dikhianati oleh orang yang kau cintai dulu.

Cuma, aku nak berikan kau sedikit harapan. Harapan, yang mungkin selama ini kau lupa. Harapan yang mungkin selama ni kau alpa. Harapan yang mungkin selama ni kau  tak sedari. Harapan yang mungkin selama ni kau abaikan.

"Masihkah ada harapan buat aku??"

No reviews found