====================================
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8.5"
Tarikh Terbit: 22 Jul 2013
Jumlah Muka Surat : 374
Berat(kg): 0.43
===================================
Mengalami tekanan dalam mengendalikan rumah tangga, pada masa yang sama turut berkerjaya? Malah, ada wanita yang lebih dahsyat. Mereka bekerja, menguruskan rumah tangga dan kemudian turut menyambung pelajaran.
Tidak kurang hebat juga para suri rumah yang 'tidak cukup tangan' dalam menguruskan anak-anak dan keluarga. Umpama tidak cukup 24 jam yang ditetapkan di dunia ini.
Kini, Super Woman hadir demi membantu kita, menjadi para wanita menjadi luar biasa! Dengan tip dan maklumat yang padat, turut dikupas berkenaan peranan wanita sebagai anak, isteri, ibu, pekerja, pelajar dan paling penting, sebagai hamba Allah yang mendambakan cinta-Nya.
Kita akan ketawa, tersenyum, dan menangis membacanya. Kita terinspirasi dan hidup menjadi lebih bermakna.
ISI KANDUNGAN
Kata Pengantar
Jom Berkongsi Pengalaman Bersama
Pendahuluan
Bahagian 1: Wanita Sukses dan Tanggungjawab Serentak
Corat-Coret Wanita Berkerjaya
Sejarah Asal Kejadian Wanita
Imbas Kembali Sejarah Dahulu
Kedudukan Wanita daripada Perspektif Agama lain
Siapa Wanita Super?
Peranan Wanita Super
Alang-Alang Menyeluk Pekasam
Jom Sukses dengan Tulang Ikan
Teknik Tulang Ikan
Kenali Diri dengan Bunga Empat Kelopak
Bagaimana Mengenali Diri?
Rehat Sebentar dengan Segelas Air
Saya Perlu… Mempunyai Azam, Matlamat, dan Istiqamah
Wanita Super adalah M.U.S.L.I.M.A.H SUPER
Bahagian 2: Setiap Wanita adalah Wanita Super dan Kita adalah Wanita Super
Wanita Super dan Pengurusan Diri
Kualiti Kecantikan Seorang Wanita Super
Kuasa Doa Wanita
Apa yang Masuk, Itulah yang Keluar
Wanita dan Tanggungjawab Serentak
Kuasa Produktiviti daripada Kelemahan Diri
Impian CINTA dan CITA-CITA
Wanita Super Berjaya di Dunia dan Akhirat
Kerjaya sebagai Seorang Pelajar?
Mentor dan Protégé @ Mentee
10 Strategi Meningkatkan Motivasi dan Keyakinan Diri
Sihatkan Diri Terlebih Dahulu Sebelum Menjaga Orang Lain
Inilah Impian dan Cita-Citaku
Wanita Super dan Pengurusan Rumah Tangga
Wanita Bujang yang Gembira dan Wanita Berkahwin yang Bahagia
Kunci Kebahagiaan
Doakan Impian Bahagia hingga ke Syurga
Wanita Bujang yang Gembira
Wanita Super adalah Isteri Super (Super Wife)
Tip Mengurus Rumah Tangga Tiga dalam Satu
Berkongsi Resipi Bersama
KPI Wanita Super
5 Rahsia Kebahagiaan dan Kecemerlangan Ibu Mithali
Wanita Idaman Lelaki & Petua Dato’ Sarimah Ahmad
Sedapnya Air Tangan Isteri dan Ibu
Wanita Super Sebagai Pengurus Kewangan
Wanita Super adalah Ibu Super (Super Mom)
Rumah Kita, Syurga Kita
Perlu ataupun Tidak Pembantu Rumah?
Wanita dan 5 Pejabat Utamanya
Inilah Cita-Cita, Harapan dan Impian untuk Ahli Keluargaku
Wanita Super dan Pengurusan Kerjaya
Mengapa Saya Bekerja? Adakah Saya Perlu Bekerja Ataupun Tidak?
Kerjaya sebagai Pengurus Rumah Tangga
Kerjaya sebagai Ikon Masyarakat
Kerjaya sebagai Pekerja dan Kerjaya sebagai Bos
Bos Hebat dan Bos Cemerlang
Kerjaya sebagai Pelajar
Apabila Bekerja…
Wanita Berkarier: Sibukkah Saya?
Tekanan di Rumah dan Tempat Kerja? Usah Risau, Ada Penyelesaiannya
Menjadi Wanita Super di Tempat Kerja
Peranan Tempat Kerja dan Produktiviti Pekerja
Inilah Cita-Cita, Harapan dan Impian dalam Kerjayaku
Bahagian 3: 7 Langkah bagi Menyeimbangkan antara Rumah Tangga dan Kerjaya
Apakah Maksud ‘Seimbang antara Rumah Tangga dan Kerjaya?’
Apa itu Seimbang?
7 Langkah bagi Menyeimbangkan antara Rumah Tangga dan Kerjaya
Sebab dan Punca Keruntuhan Rumah Tangga Adalah Kerjaya
Bahagian 4: Muhasabah dan Checklist
Checklist Wanita Super
Checklist Wanita Super Produktif
Noktah untuk Wanita Super
Bibliografi
Biodata Penulis
REVIEW
Kerjaya apakah yang paling mencabar di dunia ini?
Pasti ada yang akan menjawab tentera di medan perang, pemburu dan penjinak binatang liar, nelayan laut dalam, dan berbagai-bagai lagi jawapan yang seangkatan dengannya. Namun, jarang sekali yang akan menyebut suri rumah sebagai kerjaya yang paling mencabar.
Mahu rasakan cabaran dan kesusahannya?
Cubalah sendiri. Pasti ramai lelaki yang akan mengalah dan barulah mereka mahu mengakui kehebatan wanita.
Tambah mencabar lagi, ramai wanita sekarang yang perlu bekerja di pejabat, menyambung belajar di universiti, mengurus rumah tangga, memenuhi tanggungjawab sosial bersama masyarakat, dan pada masa yang sama perlu memenuhi keperluan peribadi. Mereka memikul lebih banyak tanggungjawab berbanding masa yang ada. Menjadi wanita itu sendiri adalah satu cabaran yang besar bagi mereka.
Namun, ajaibnya para wanita ini. Allah mengurniakan kelebihan, ketenangan, kesabaran, dan kelembutan kepada mereka untuk melunaskan pelbagai tanggungjawab ini dengan cara yang terbaik. Tangan mereka yang mengayun buaian mampu menggoncang dunia dan kelembutan mereka menyebarkan kasih sayang ke seluruh dunia. Mereka selayaknya digelar sebagai “Super Woman”.
Buku “Super Woman” ini terbit tepat pada masanya. Dalam dunia moden yang penuh dengan kekalutan dan kesibukan, terlalu ramai wanita yang mencari-cari manual lengkap untuk mencapai keseimbangan dalam kehidupan. Dengan berlandaskan bimbingan wahyu dan hadis, buku ini memberi panduan untuk menjadi super woman yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Dengan pengalaman peribadi penulis dan himpunan kisah inspirasi tokoh wanita yang hebat, buku ini menjadi berkesan dan praktikal untuk diamalkan. Kita akan ketawa, tersenyum, dan menangis membacanya. Kita terinspirasi dan hidup menjadi lebih bermakna.
Kerjaya dan rumah tangga, manakah yang lebih penting? Perlukah kita mengorbankan salah satu daripada untuk menjadi super woman? Memilih antara kerjaya dan rumah tangga, bagaikan kita memilih untuk mengerat tangan kiri atau tangan kanan kita sendiri. Dengan panduan dalam buku ini, kita akan dibimbing untuk mencapai keseimbangan tanpa perlu mengorbankan perkara penting dalam hidup kita. Kuncinya adalah prioriti dan teknik yang berkesan untuk mengurusnya.
Buku ini adalah sebuah perjalanan bagi menuju keseimbangan dan kecemerlangan bersama. Ia adalah perjalanan yang berterusan sekalipun kita sudah selesai menghadam buku ini. Buku ini bukanlah langkah demi langkah yang gerenti jadi seperti buku masakan, tetapi proses pembelajaran yang berterusan. Perjalanan ini sangat panjang dan penghujungnya adalah masuk syurga bersama-sama suami dan anak-anak yang dicintai. Semoga Allah meredhai kita sekeluarga.
No reviews found