Tajuk: Sumayyah : Syahidah Pertama Dalam Islam
ISBN: 9789672234401
Penerbit: Latip & Keluarga Enterprise
Penulis: Abdul Latip Talib
Penulis: Abdul Latip Talib
Tahun Terbitan: Cetakan kedua 2022
Muka Surat: 154
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.190
Dimensi (cm): 14 x 21.5 x 0.8
Muka Surat: 154
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.190
Dimensi (cm): 14 x 21.5 x 0.8
SINOPSIS
Sumayyah ialah ibu Ammar b Yasir, yang merupakan gambaran cemerlang wanita yang pertama sekali mati syahid dalam Islam. Sumayyah merupakan isteri Yasir. Dengan keimanan yang kuat dan keberanian yang tersimpan di relung hatinya yang dalam ia sanggup menentang Abu Jahal yang terkenal bengis dan kejam.
Sumayyah ialah ibu Ammar b Yasir, yang merupakan gambaran cemerlang wanita yang pertama sekali mati syahid dalam Islam. Sumayyah merupakan isteri Yasir. Dengan keimanan yang kuat dan keberanian yang tersimpan di relung hatinya yang dalam ia sanggup menentang Abu Jahal yang terkenal bengis dan kejam.
Sumayyah bersama suami dan anaknya Ammar dijemur di tengah padang pasir yang sangat panas. Kaki dan tangan mereka diikat sehingga tidak bergerak dan melawan. Mereka diseksa dengan kejam agar mengikuti keinginan Abu Jahal. Namun mereka tidak terdengar sepatah katapun dari mulut Yasir atau puteranya, Ammar selain daripada rintihan yang penuh kesakitan, justeru itu mereka meneruskan penyeksaan terhadap keluarga yang beriman ini agar menyatakan murtad dari agama Islam.
Sumayyah tidak merintih kesakitan tetapi menentang dengan terus terang serta menyatakan bahwa beliau tetap berpegang teguh kepada keimanannya, walaupun harus ditebus dengan harga yang mahal kerana mereka telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w ketika baginda melewati tempat mereka diseksa yang bermaksud; “Bersabarlah wahai keluarga Yasir kerana tempat yang dijanjikan untuk kamu adalah syurga.”
Segala seksaan terasa ringan kerana semuanya akan berakhir dengan kenikmatan syurga. Biar apapun seksaan yang menimpa Sumayyah namun ia tetap dengan pendirian dan keimanan yang kukuh dalam jiwanya. Abu Jahal yang sombong dan bengis merasa terhina kerana dicabar oleh seorang wanita yang lemah. Penyeksaan yang dilakukan hanya menambah ketaqwaan Sumayyah dan menambah keberaniannya.
Akhirnya Sumayyah di bunuh dengan penyeksaan yang menyedihkan. Riwayat Sumayyah dicatat dalam lembaran sejarah dengan tinta emas kerana beliau wanita yang pertama mati syahid dalam Islam sebagai motivasi jihad terhadap generasi yang berikutnya. Namanya abadi hingga kini untuk dikenang sebagai pejuang yang sanggup dan berani melawan kekejaman dan kekerasan.
No reviews found