Save 15%

Sudah Hampir Malam di Kyoto (Kumpulan Puisi) # (L67)

Write a review
Old price: RM25.00
RM21.25
You save: RM3.75 (15%)
Ask a question
9789672796077
Out of stock
Tajuk: Sudah Hampir Malam di Kyoto (Kumpulan Puisi)
ISBN: 9789672796077
Penerbit: Kata Pilar (M) Sdn Bhd
Penulis : Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 189
Halaman: Hitam Putih
Format: Soft Cover 
Berat (kg): 0.215
Dimensi (cm):  19.7 cm x 13 cm x 1 cm
 
SINOPSIS
 
musim bunga
turun dari bukit
dan menegur kota.

pohon bangun
sakura pun senyum
dan berasmara dengan cahaya.

kumbang berdengung ke udara
mabuk madu puspa.
 
Menjadi pengembara bermakna menjadi seorang pemerhati. Ibarat merenung permukaan tasik, kaulihat rupa dan ragam penghuninya: menghadam segala riaknya, sesekali cuba memahamkan kocaknya.

Muhammad Haji Salleh membawa kau membonceng basikal—memperinci alam dan watak-watak pelbagai latar yang merentas benua dan arus waktu. Bau soyu dan tempura membertih musim, helai-helai hari penjual batik di pasar sibuk, atau wanita berambut biru asyik merias untuk kekasih yang tak kunjung tiba—segalanya terlihat jelas di deria. Kau telusuri perjalanan kegelisahan seorang mahasiswa kepada kematangan seorang pemikir yang memperhalusi kerencaman budaya serta tradisi.

Naskhah ini mengumpulkan 81 puisi terbaik sempena ulang tahun kelapan puluh Sasterawan Negara ini, di samping transkripsi temu ramah istimewa seputar kepengarangan beliau dan sastera Malaysia.

Hari sudah hampir malam. Mahukah kau pulang, atau teruskan kelana?

No reviews found