Tajuk: Solusi Islam Buat Para Pemuda
ISBN: 9789671600153
Penerbit: Nizamiyyah Institute
Penulis: Muhammad Sa'id Ramadan Al-Buti
Penerbit: Nizamiyyah Institute
Penulis: Muhammad Sa'id Ramadan Al-Buti
Penterjemah: Ahmad Naqiuddin
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 89
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.185 kg
Dimensi (cm): 21.5 cm x 14 cm x 0.8 cm
Muka Surat: 89
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.185 kg
Dimensi (cm): 21.5 cm x 14 cm x 0.8 cm
SINOPSIS
Dalam kehidupan manusia, golongan belia adalah kumpulan tenaga dan daya yang bercita-cita tinggi. Sekiranya tenaga tersebut digunakan ke arah kebaikan dan kejujuran, maka umat Islam keseluruhannya akan memiliki kumpulan tenaga besar yang sangat baik Sebaliknya, sekiranya tenaga tersebut dibiarkan bergerak ke arah penyelewengan dan kejahatan, maka umat Islam keseluruhannya akan menghasilkan kumpulan tenaga yang keji dan terkutuk
Oleh sebab itulah Rasulullah meletakkan tangga kemuliaan dan kelebihan golongan pemuda yang membesar di atas jalan istiqamah dan ketaatan pada kedudukan kedua selepas kelebihan pemerintah yang adil. Adapun lima golongan lagi yang disebutkan oleh Rasulullah, meskipun setiap golongan itu mempunyai kelebihan di sisi Allah, mereka tetap berada di bawah darjat pemerintah yang adil dan pemuda yang bertaqwa.
Hadis tersebut memberi suatu petanda bahawa golongan belia yang
membesar dalam ketaatan memiliki suatu keupayaan untuk mengubah
keadaan masyarakat ke arah yang baik sebagaimana seorang pemerintah
boleh mengubah keadaan rakyatnya ke arah yang baik. Pemuda itu mampu
mengubah dengan kekuatan diri dan fizikalnya, manakala pemerintah itu
pula mampu mengubah dengan kekuatan pangkat dan kekuasaannya.
Hal yang sebaliknya pula akan memberikan kesan yang berlawanan. Golongan bella yang buruk tingkah lakunya akan membawa kesan yang buruk kepada masyarakat sebagaimana seorang pemerintah yang kejam pada pemerintahannya akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat.
Bertitik tolak daripada hal ini, maka perbincangan mengenal permasalahan golongan pemuda dan belia, dengan menilai permasalahan mereka serta memberikan jalan keluar kepada mereka merupakan suatu topik perbincangan yang sangat penting dan perlu dikaji secara tuntas dan jujur.

No reviews found