[TOMO] SOAL JAWAB DIET DIABETES oleh JULIANA SHAMSUDIN | DBP [T2]

Write a review
RM28.00
Ask a question
Price in points: 28 points
978-983-46-1805-6
In stock
+

"Apakah saya boleh mengambil gula?" Persoalan begini selalu menerjah ruang fikiran bagi sesiapa yang bergelar pesakit diabetes. Ramai pesakit diabetes mengalami kesukaran dalam usaha mengawal diabetes menyebabkan komplikasi kronik berlaku malah ada yang meninggal dunia. Buku Soal Jawab Diet Diabetes memaparkan pelbagai maklumat mengenai corak pemakanan yang seharusnya diamalkan oleh pesakit diabetes. Amalan diet ialah satu daripada komponen untuk mengawal aras glukosa dalam darah selain ubat-ubatan, insulin dan senaman. Maklumat pemakanan yang disertai dengan menu yang sesuai untuk pesakit berdasarkan kategori diabetes memudahkan pembaca membuat rujukan pantas. Walaupun tiada satu jenis makanan yang dapat mengawal atau menyembuhkan penyakit diabetes, pengambilan makanan yang sesuai mampu mengurangkan komplikasi kronik. Pesakit diabetes masih boleh menikmati pelbagai jenis makanan asalkan dalam jumlah yang berpatutan. Semoga maklumat yang diberikan mampu memberikan panduan berguna dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan hidup yang lebih berkualiti.

No reviews found