[TOMO] Siri Tokoh Hadis: Imam Ibn Majah [T2]

Write a review
RM5.80
Ask a question
9789834602383
In stock
+
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.0”x 7.4” 
ISBN-13: 9789834602383
Terbit: 2016
Jumlah Muka Surat: 24
Berat (Kg): 0.050
Penulis: Rosmawati Ali@Mat Zin
===========================
Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa’i dan Ibn Majah, demikianlah nama-nama hebat tokoh terbilang yang mewarnai lembaran sejarah pengumpulan hadis selepas pemergian Nabi Muhammad SAW. Ketekunan mereka memelihara warisan umat Islam yang berharga ini wajar disingkap dan diteladani. Berkat jerih payah tokoh ternama ini, hasilnya kini, khazanah mutiara baginda terus terpelihara dan dapat dinikmati oleh generasi terkemudian dalam mencari pedoman buat bekalan dunia dan akhirat.
 
Lantaran itu, Siri Tokoh Hadis ini diterbitkan sebagai pengenalan awal kepada pembaca yang ingin mengenali mereka secara lebih dekat. Pembaca akan dibawa meneroka kisah pengembaraan mereka ke segenap ceruk rantau dalam usaha menuntut ilmu dan mengumpul hadis. Selain itu, pembaca turut diperkenalkan dengan karya-karya agung mereka yang melayakkan diri mereka untuk dinobatkan sebagai Tokoh Hadis.
 
Siri ini sesuai dijadikan bahan sokongan pendidikan oleh pelajar dan guru di peringkat sekolah menengah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam selain untuk tatapan umum.  
 
 Judul yang terkandung dalam Siri Tokoh Hadis ini ialah:
  • Imam al-Bukhari
  • Imam Muslim
  • Imam Abu Daud
  • Imam al-Tirmizi
  • Imam al-Nasa’i
  • Imam Ibn Majah
 

No reviews found