Sejak menerima sampul putih berlabel ‘GOVERNMENT SPECIAL ACADEMY’, Meen merasakan gerak-gerinya sentiasa diperhati. “Apa motif kau intip aku? Apa yang kau boleh buat kalau aku berkeras dengan keputusan aku?” - Meen “Kenapa kau tolak GSA mentah-mentah? Bukankah ini usaha kerajaan untuk tangani isu buli? GSA adalah akademi khas yang ditubuhkan untuk mendidik para pembuli supaya menjadi individu berguna supaya mampu berkhidmat menjaga keselamatan negara. Dan kau sebagai pesilat, akan bertindak sebagai individu yang mengekalkan keseimbangan dalam komuniti di GSA” - Fairuz Di atas alasan tersendiri, Meen akhirnya melaporkan diri ke akademi yang dikawal ketat bagai penghuni tahanan penjara. Namun, dia tidak pernah berminat untuk campur tangan apabila para pelajar saling bertumbuk sehingga mencederakan. |
No reviews found