Tajuk: Sifat 20, Sejarah dan Kupasan Pendekatan Akidah
ISBN: 978-967-481-640-7
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Nik Muhammad Syukri Nik Wan @ Masakaree Ardae Ph.D
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 224
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.3 kg
Dimensi (cm): 22.8 x 15.2 x 1.0
Akidah merupakan kunci kebahagiaan seseorang hamba Allah s.w.t. di dunia dan akhirat. Tanpa akidah yang benar, tepat dan jelas, segala amalan yang dilakukan tidak akan diterima oleh Allah s.w.t..
Kini, umat Islam terdedah kepada pelbagai cabaran fahaman luaran dan dalaman yang menguji akidah kita. Umat Islam perlu menjernihkan kembali akidah keimanan daripada segala kekeliruan menerusi mengenali Allah s.w.t. serta sifat-Nya. Berpegang teguh kepada-Nya menerusi bukti-bukti dan hujah yang nyata, terang, tepat, jelas, berpaksikan Al -Quran dan hadith serta berasaskan keterangan para ulama muktabar.
Buku ini sesuai dimiliki oleh setiap individu bergelar Muslim, khususnya masyarakat awam yang masih kurang memahami akidah secara tepat dan jelas kerana ia turut;
- Memberi tumpuan sepenuhnya kepada Akidah Ahli Sunah Wal Jemaah.
- Menerangkan sejarah perbincangan tentang sifat-sifat Allah s.w.t. serta kemunculan dan perkembangan perbahasan Sifat 20 secara terperinci.
- Menerangkan 41 sifat; Wajib, Mustahil dan Harus bagi Allah s.w.t. secara tafsili (terperinci), berasaskan Al-Quran, hadith, penjelasan para ulama akidah tersohor dan tafsir pilihan sepanjang zaman.
- Merungkai isu-isu yang mencabar akidah Sifat 20 seperti Akidah Tauhid Tiga anjuran golongan Salafiah.
Mudahan-mudahan buku ini dapat memberi kefahaman mengenai segala hal yang berkaitan akidah dan Sifat 20. Walau bagaimanapun, ilmu ini perlu dipelajari dengan menuntut ilmu daripada guru-guru yang murshid dan muktabar supaya kefahaman mengenai ilmu ini tidak lari daripada konteks sebenar.
Isi kandungan
BAHAGIAN 1
Bab 1: Faktor-Faktor Kemunculan Penulisan Umm Al-Barahin
Bab 2: Biografi Ringkas Al-Imam Al-Sanusi dan Perkembangan Penulisan Umm Al-Barahin
Bab 3: Perkembangan Penulisan Al-Imam Al-Sanusi
Bab 4: Nama-Nama Bagi Penulisan Umm Al-Barahin
Bab 5: Kitab-Kitab Warisan Sifat 20
Bab 6: Reaksi Salafiah
BAHAGIAN DUA
Bab 1: Sifat 20 Al-Imam Al-Sanusi
Bab 2: Bahagian yang Wajib Bagi Zat Allah s.w.t.
Bab 3: Bahagian yang Mustahil Bagi Zat Allah s.w.t.
Bab 4: Bahagian yang Harus Bagi Zat Allah s.w.t.
Bab 5: Bahagian Tanda-Tanda
PENUTUP
RUJUKAN
No reviews found