Tajuk: Siang dan Malam Antara Suruhan Ilahi & Realiti
ISBN: 9789671916803
Penerbit: URMY
Penulis: Rafiuddin bin Mohd Yusof
Muka Surat: 103 m/s
Halaman: Hitam Putih
Berat (kg): 0.12
Tahun Terbit: 2021
Format: Paperback
Dimensi (cm): 17.8 cm x 12.7 cm x 0.8 cm
SIANG DAN MALAM mengajak pembaca menghayati kebijaksanaan Allah SWT yang telah mengatur keadaan kehidupan manusia sebaiknya sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Kekuasaan dan kebesaran Allah SWT menjadikan alam
semesta ini seharusnya menambahkan keimanan dan ketaqwaan kita sebagai hambanya. Banyak perkara atau aktiviti yang boleh kita manfaatkan tidak kira sama ada pada waktu siang atau malam hari. Hanya beberapa sahaja dinyatakan dalambuku ini dengan harapan mampu menjadi pedoman dan perkongsian bersama.
Kadang kala waktu atau masa yang diberikan oleh Allah SWT dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa dimanfaatkan sebaiknya. Kita langsung tidak sedar bahawa sebenarnya kita sedang memegang amanah Allah SWT sepanjang kehidupan kita. Kelalaian dan kelekaan kerana keseronokkan dunia menghantui manusia yang semakin jauh daripada mengingati
Allah SWT.
Setiap kali kita sedar, setiap kali kita terjaga daripada lena dunia, setiap kali itulah kita perlu kembali kepada Allah SWT. Ingatlah bahawa setiap perkara yang kita lakukan, pasti ada balasan yang menanti. Jika baik, maka ganjaran pahala dan
kebaikan menanti kita. Namun jika sebaliknya, maka itulah yang perlu ditanggung atas kelalaian dan kelemahan diri sendiri. Seharusnya segala apa yang berada di atas muka bumi dan isinya, menjadi kewajipan kita untuk percaya bahawa itu adalah bukti kekuasaan Allah SWT Tuhan yang bersifat Al-Qaadir iaitu Maha Berkuasa. Oleh yang demikian, bersama-sama kita lalui kehidupan ini dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya. Firman Allah SWT yang bermaksud," Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dab silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal." (Surah Ali-Imran: 190)
No reviews found