Pada akhirnya, doa itu juga sebuah pengharapan. Ketika cita-cita kita dibunuh, mimpi dihenyak-henyak dan suara yang selalu sahaja tidak diendahkan, ada Tuhan yang tidak pernah mengecewakan, apatah lagi mematahkan kita dari luar, dan dalam. Kerana itu, saya menuliskan buku tentang doa ini. Ia bukan sekadar bertujuan mengumpulkan doa-doa menakjubkan dari al-Quran dan Hadis, tetapi juga untuk kita merenung dan membelek kembali segala apa yang pernah kita lafazkan daripada doa yang kita langitkan. Tuhan selalu mendengar suara kita tanpa jemu. Hanya kerana ia tidak ditunai sesuai kemahuan kita, tidak bererti Tuhan sedang membenci. Dan ingatlah, termakbul segera atau lambat doa kita, itu bukanlah kayu ukur Allah gembira dengan kita atau tidak.
No reviews found