SERONOKNYA BERCERITA adalah buku cerita untuk kanak-kanak yang sangat menyeronokkan. Kanak-kanak boleh membacanya sendiri atau dibacakan oleh ibu bapa, abang, kakak, guru atau orang lain. Ada 3 kategori cerita iaitu Cerita Pantun, Cerita Peribahasa dan Cerita Kepintaran. Seluruhnya ada 22 cerita untuk dibaca. Bahasa yang digunakan adalah mudah difahami dan setiap cerita juga mudah dihadam oleh kanak-kanak.
CERITA PANTUN adalah cerita yang ditulis dalam bentuk pantun. Setiap pantun adalah 4 kerat dengan 2 baris pertama adalah pembayang dan 2 baris berikutnya cerita. Pembayangnya juga adalah hal-hal yang menarik dan menghiburkan. Ceritanya pula adalah kisah yang rapat dengan anak-anak. Kanak-kanak bukan sahaja akan terhibur dengan ceritanya malah terdorong untuk memahami pantun.
CERITA PERIBAHASA juga cerita yang menghiburkan dan memberikan pengajaran. Pada akhir setiap cerita, sebuah peribahasa diberikan. Setelah membaca cerita, kanak-kanak akan terdorong untuk memahami maksud peribahasa.
CERITA KEPINTARAN adalah cerita-cerita yang mengandungi unsur kepintaran. Dalam setiap kisah, akan berlaku sesuatu yang mendebarkan, yang menimbulkan kesukaran. Walaupun begitu akan terlerai dengan kepintaran/kebijaksanaan seseorang yang menyelesaikannya. Kanak-kanak bukan sahaja akan terhibur malah terdorong untuk berfikir bagaimana sesuatu konflik itu diselesaikan.
Buku ini sesuai untuk bacaan kanak-kanak Tahun 4 - Tahun 6, malah kanak-kanak yang lebih rendah juga sesuai baca jika sudah pandai membaca. Juga dapat mendorong kanak-kanak untuk menjadi pembaca.
No reviews found